Wednesday, July 18, 2007

Bacalah Al-Quran

Al-Quran adalah merupakan Kalamullah yang bersifat Qadim. Al-Quran diturunkan oleh Allah S.w.t kepada Nabi Muhammad S.a.w dengan perantaraan Saiyyidina Jibril A.s. Tujuan Al-Quran diturunkan kepada kita adalah supaya kita sentiasa membaca dan beramal dengan isi kandungan yang ada di dalamnya itu.

Firman Allah : ( اقرأ باسم ربك الذي خلق )

Ayat ini memerintahkan kita agar sentiasa membaca Al-Quran sebagai zikir harian kita, kerana membaca Al-Quran itu adalah diantara sebaik-baik ibadah dan amalan untuk kita menghampirkan diri kepada Allah S.w.t.

Sabda Nabi Muhammad S.a.w : ( خيركم من تعلم القرءان وعلمه )

Di dalam hadith ini pula menunjukkan bahawa sebaik-baik manusia itu adalah yang mempelajari Al-Quran kemudian ia mengajarkan pula apa yang dipelajarinya itu kepada orang lain.
Namun apa yang dimaksudkan di sini bukanlah semata-mata mempelajari ilmu tafsir sahaja, bahkan segala ilmu yang berkaitan dengannya termasuklah ilmu tajwid. Namun begitu setiap
ilmu itu ada hubungkaitnya dengan ilmu-ilmu yang lain.

Sabda Nabi lagi :

( من قرأ حرفا من كتاب الله فله به حسنة , والحسنة بعشر أمثالها , لا اقول "الم" حرف , ولكن ألف حرف , ولام حرف , وميم حرف )

Oleh itu marilah kita sama-sama memperbanyakkan amalan membaca Al-Quran dan mempelajarinya, agar hati dan jiwa kita sentiasa hidup dengan hidayah
Al-Quran. Tenang bersamanya di dunia dan akhirat.

No comments: